Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Mustafar Mohd Suki. Show all posts
Showing posts with label Mustafar Mohd Suki. Show all posts

Sunday, April 25, 2021

40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Buku “40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat” ini ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat mengenai kisah-kisah popular yang selalu kita dengar.
  • Allah s.w.t. menciptakan dunia kerana Nabi s.a.w.
  • Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah
  • Abdul Rahman Bin ‘Auf merangkak masuk syurga disebabkan terlalu kaya
  • Ucapan “ummati , ummati” (umatku) ketika akhir hayat Baginda s.a.w.
Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan juga sahabat. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini.

Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari sirah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan riwayat-riwayat sirah yang ada perselisihan para ulama.

Thursday, January 23, 2020

40 Kisah Teguran Rasulullah Buat Umat ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Antara metod dakwah baginda bagi membetulkan kesalahan manusia adalah melalui teguran dan nasihat kepada para sahabat baginda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Teguran ini secara tidak langsung menjadi teguran yang amat berguna kepada umat Islam seluruhnya. Naskhah ini merupakan himpunan kisah Rasulullah SAW menegur dan menasihati para sahabat. Baginda sentiasa membetulkan setiap kesilapan yang dilihat, didengari atau diketahui secara berhikmah. Kisah-kisah ini pasti akan memberi pengajaran agar umat Islam sentiasa mengutamakan agama dalam setiap aktiviti sehariannya.

Antara kisah teguran Rasulullah SAW kepada para sahabat:
- Tidak Pernah Mencium Anak
- Menceritakan Perihal Mimpi Buruk
- Suka Meminta Jawatan
- Meninggalkan Solat Tahiyatul Masjid
- Tidak Menyamakan Saf Solat

Tuesday, January 29, 2019

40 Kisah Tangisan Rasulullah dan Para Sahabat ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Rasulullah SAW dan para sahabatnya merupakan manusia biasa seperti kita. Ada waktu mereka rasa gembira dan ada masa mereka bersedih kerana diuji dengan sesuatu perkara. Namun, apa beza kesedihan mereka dengan kesedihan kita?

Naskhah ini memberi kita peluang untuk menelusuri kisah-kisah ‘pahit’ Baginda SAW dan para sahabatnya berdasarkan sumber yang tidak diragui. Malah, mengajak para pembaca untuk berfikir tentang matlamat yang lebih utama, bukan hanya keduniaan semata-mata. Boleh menangis kerana dunia, tetapi jangan sampai air mata tidak mampu mengalir kerana agama.

Sunday, April 2, 2017

Imam Mahdi Tidak Wujud? ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

KEDATANGAN IMAM MAHDI SUATU REKAAN? BIAR BETUL!

Kebanyakan kita pernah mendengar nama Imam Mahdi yang dikaitkan dengan tanda-tanda berlakunya peristiwa Kiamat. Kewujudannya diletakkan sebaris dengan kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s. kelak. Namun, adakah kita ketahui bahawa ada ilmuwan Islam yang menolak kehadirannya pada akhir zaman?

Antara mereka ada yang mendakwa bahawa perawi hadith-hadith berkenaan Imam Mahdi tidak siqah (tidak terpercaya). Turut terdapat banyak kekeliruan dan pertentangan dalam riwayat-riwayat yang dikaitkan dengan kemunculannya.

Maka, naskhah ini akan membongkarkan jawapan atas segala persoalan tersebut agar kita dapat memahami perbahasan dan perselisihan mengenai kedatangan Imam Mahdi.

KANDUNGAN MENARIK
 Mempelajari Asas Ilmu Hadith
 Mengenali Tanda-tanda Hari Kiamat
 Sejarah Nabi Isa A.S. Dan Dajjal
 Hujah Menolak Kewujudan Imam Mahdi
 Hujah Balas Menerima Kedatangan Imam Mahdi

Sunday, February 19, 2017

40 Kisah Yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00
Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan.

Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya.

Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.

Sunday, February 28, 2016

Biografi 99 Ulama Dunia ~ Mustafar Mohd Suki

BIOGRAFI 99 ULAMA DUNIA menyajikan latar belakang para ilmuan yang meliputi pendidikan, keperibadian, karya penulisan, sumbangan dan kepakaran-kepakaran mereka dalam ilmu agama. Mereka dikategorikan mengikut bidang ilmu masing-masing seperti ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab.

Di samping memberi manfaat kepada masyarakat awam, naskhah ini boleh dijadikan rujukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu dalam bidang agama. Buku ini dapat membantu dalam pengetahuan tentang kitab-kitab rujukan yang penting dan ulama-ulama moden yang hebat untuk diambil manfaat daripada mereka.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Monday, October 19, 2015

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama ~ Mustafar Mohd Suki

Kisah Abdul Rahman Bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.

Kisah Saidina Umar r.a. menanam anak perempuan hidup-hidup ketika zaman jahiliah.

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah r.a.


Apa persamaan antara ketiga-tiga cerita masyhur di atas?
Ketiga-tiganya adalah PALSU.

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1
Bab 1: Hadith Maudhu’
-Pengenalan Hadith Maudhu’
-Faktor Pendorong kepada Pemalsuan Hadith ataupun Cerita Palsu
-Kaedah Mengenali Hadith Palsu

Bab 2: Israiliyyat
-Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat
-Pembahagian Israiliyyat
-Pendirian Ulama Tentang Israiliyat
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Tuesday, March 24, 2015

Seindah Solat Rasulullah ~ Mustafar Mohd Suki

‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...