Buku Mengenali Perubatan lbnu Sina Jilid 2 ini ialah lanjutan daripada Jilid 1 sebelum ini yang mengupas tentang asas-asas dalam perubatan Ibnu Sina yang perlu difahami oleh sesiapa sahaja yang mahu menjadikan kaedah perubatan Ibnu Sina sebagai alternatif dalam penjagaan kesihatan, diagnosis penyakit, dan rawatan terhadap sesuatu penyakit.
Dalam buku ini Ibnu Sina membincangkan secara terperinci tentang jenis-jenis penyakit dan punca-punca terjadinya sesuatu penyakit, khususnya yang berkaitan dengan cuaca dan iklim, pemakanan, tempat tinggal, dan gaya hidup seseorang. Turut dibincangkan juga ialah gejala-gejala atau simptom-simptom yang berkaitan dengan sesuatu penyakit serta cara-cara mengenal pasti sesuatu penyakit berdasarkan pengecaman terha-dap denyutan nadi dan keadaan-keadaan air kencing dan najis.
Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan lagi keprihatinan kita dalam memastikan kehidupan seharian agar sentiasa sihat serta bebas daripada risiko penyakit.
No comments:
Post a Comment