Jangan suka intai-intai, nanti hati yang berkecai.
Jangan suka tuduh melulu, nanti diri yang malu!
Jangan perasan orang sibuk cerita hal kita, SEBAB kita sendiri yang meyibukkan orang untuk bercerita hal kita.
Buku PURIS dengan tajuk TEPI KAIN, tulisan IZAWATI ENI ini merupakan artikel-artikel yang terdiri daripada kritikan sosial terutamanya yang berlegar dalam masyarakat Melayu ketika ini. Bagi masyarakat Melayu, tepi kain ini sungguh simbolik. Ibaratnya tepi kain ini bagaikan maruah. Tepi kain sangat dekat dengan si pemakai, apabila ada yang cuba menyentuh tepi kain pasti akan ada yang kena silat.
Peribahasa, “Jangan Jaga Tepi Kain Orang,” merujuk kepada jangan terlalu sibuk dengan perihal atau urusan orang lain! Sibuk dengan mengintai urusan orang yang tiada kena mengena dengan dirinya. Selepas itu, sibuk pula menjadi batu api atau menjadi tukang cerita dengan membuka aib orang!
Kini, peribahasa “Jangan Jaga Tepi Kain Orang” sudah tidak relevan lagi. Cuba bayangkan, pada suatu malam kita terlihat ada penyamun yang ingin menyamun rumah jiran, kita pun berkata, “Ah, jangan jaga tepi kain orang! Rumah dia kena samun bukan urusan aku, asalkan bukan rumah aku yang kena samun.” Macam ada betulnya juga ‘kan? Patutkah kita jaga tepi kain orang atau jangan jaga tepi kain orang? Untuk mencari jawapan, teruskan membaca naskah ini hingga ke titik yang TERAKHIR!

No comments:
Post a Comment