Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan Kelantan yang sangat cantik, Anis Safia, yang telah bahagia bersama dengan Encik Kopiah yang telah Safia minati selama ini.
Walaupun Encik Kopiah itu telah dilontarkan kata-kata "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!", Safia telah meminta maaf kepada Encik Kopiah kerana telah mempercayai fitnah busuk & kotor yang telah mempengaruhi dirinya. . Atas nama cinta, senyuman dan salam dihulurkan seikhlasnya daripada Adam kepada Safia. Kosong-kosong, tetapi sejuta cinta tetap setia buat Safia. . Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Pada suatu hari, hati, nafsu amarah Safia meronta-ronta ingin menjerit, 'ADAM, KAU DAJJAL. KAU MUNAFIK! KAU DAJJAL!!!', namun tidak terucap oleh mulut Safia walaupun perbuatan Adam itu selayaknya untuk dimarahi oleh seorang isteri yang dizalimi seteruk itu.
Walaupun Safia tidak mengujarkan kata-kata seperti itu lagi, apa yang Safia lakukan SANGAT TIDAK TERSANGKA! SEPERTINYA TIADA SIAPA YANG AKAN SANGGUP LAKUKAN SETELAH TAHU SUAMINYA DAJJAL?
Mungkin ada yang kata Safia ini teruk! Tidak serik-serik panggil suami sendiri Dajjal! Kata dah minta maaf, kata dah berubah! Teruknya Safia!!!
Cuma, cuba anda bayangkan situasi anda seperti ini; . Anda disakiti dengan senyuman sinis suami. Anak pertama anda ingin mula 'gila' dan mula bermain pisau tajam. Anak pertama anda mati betul-betul di hadapan anda. PALING SADIS, Kematian anak anda tidak ditangisi oleh ayahnya dan boleh tenang begitu sahaja. Suami yang anda percaya sebagai malaikat, rupa-rupanya di belakang anda LAKNAT. Bahkan banyak lagi yang menguji iman dan takwa Safia.
Sebelum anda kutuk Safia, letakkan diri anda di tempat Safia. Apakah yang akan anda lakukan? Mampukah anda sabar dan setia dengan takwa? . Tetapi apa yang Safia respon dengan apa yang dihadapi dan lakukan ialah satu bukti, THE REAL DEFINITION OF LOVE.
No comments:
Post a Comment