“Jangan mudah percaya dengan orang yang nampak baik di depan mata. Mungkin mereka inilah musuh kita dalam senyap.” Pesanan daripada seorang lelaki tua kepada Juan Ery Leo itu benar-benar menghantui fikirannya. Siapakah yang dia maksudkan?
Pemuda Cina yang tekad melafazkan syahadah dan berkahwin dengan Adeena Zahra itu sering dihimpit dengan perkara aneh dalam keluarganya.
Megat Azfar hilang membawa diri selepas cintanya tidak kesampaian bersama Adeena. Mak Kalsom pula terpaksa menyimpan sebuah rahsia besar arwah suaminya kerana ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.
Pusara di belakang rumah Mak Kalsom, digali seseorang. Apakah motifnya?
Ustaz Ridwan pula secara tiba-tiba tidak munculkan diri di masjid dan di rumah berbulan lamanya.
Buntu Ery dan Adeena mencari jawapan kepada setiap perkara misteri yang berlaku.
Ganggun di rumah, hampir setiap hari ia menjelma aneh. Sepotong kaki yang berlumuran darah, berulat dan berbau busuk bercampur hanyir dihantar seseorang.
Pembunuhan kejam seorang lelaki tua di tapak kawasan pembinaan, merobek fikiran mencari puncanya. Kemalangan jalan raya di luar kawalan, membuatkan nyawa papa Ery hilang begitu sahaja.
Siapakah sebenarnya dalang yang melakukan semua ini?
Akhirnya terjawab. Rupa-rupanya…
No comments:
Post a Comment