Kekayaan dan kemewahan merupakan impian setiap yang bernama manusia. Keinginan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu motivasi penggerak diri setiap manusia agar mengejarnya. Malah syurga itu sendiri dihiasi dengan pelbagai bentuk gambaran kemewahan sebagai simbol perlambangan kepada kekayaan yang berprestij agar menjadi impian bagi setiap yangbergelar manusia mengejarnya. Begitu juga halnya di dalam kehidupan di dunia ini semua orang juga menginginkan perkara yang sama.
Namun ramai juga yang kecundang kerana amalan yang silap hingga Allah SWT memberi taraf tidak layak untuk memperolehinya. Bagi Rasulullah SAW dan para sahabat Rhum, mereka golongan yang layak untuk bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, buku ini ditulis untuk mengupas urusan kehidupan seharian yang kita sedang jalani agar dapat disuntik dengan amalan yang betul agar layak dan berhak untuk memiliki kekayaan di sisi Allah SWT sama ada di dunia dan di hari akhirat. Persoalan adakah kita perlu melakukan amalan yang betul untuk kaya atau sudah kaya baru melakukan amalan yang betul dikupas agar pembaca menjadi kaya.
No comments:
Post a Comment