Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label jom sihat. Show all posts
Showing posts with label jom sihat. Show all posts

Monday, March 2, 2020

Kelebihan Senaman Untuk Minda/Otak / Benefits of Brain Exercise


NAK TAHU KENAPA PERLU SIHAT MINDA, EMOSI & MENTAL?

INI JAWAPANNYA... 
Jika minda & mental anda sihat, segala yang ada pada diri anda juga sihat. Emosi akan positif & hidup lebih ceria serta kurangnya tekanan (walaupun banyak tekanan tapi masih boleh manage).

Dengan senaman untuk minda atau otak ini, daya ingatan kita akan lebih kuat, sentiasa termotivasi untuk buat perkara lain yang tak pernah cuba, lebih produktif, cuba berfikir pantas untuk cari penyelesaian & keyakinan diri lebih tinggi. 

Ada kajian turut menunjukkan bahawa, senaman minda ini mampu menajamkan penglihatan & pendengaran serta mengurangkan risiko penyakit demensia (ia melibatkan masalah kemerosotan fungsi otak secara berperingkat & mengganggu aktiviti harian). Melalui pembacaan serta senaman minda yang lain, aliran darah ke seluruh anggota badan juga dapat berjalan dengan baik. 


Friday, February 28, 2020

Senaman Untuk Minda Supaya Sihat / Exercise For Your Brain


Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.


Badan kita perlukan senaman untuk sihat & berfungsi dengan baik. Otak kita juga perlukan senaman untuk kekal berfikir dengan waras & kritis. Untuk sihat fizikal & mental, beberapa senaman perlu dilakukan. Dan, berdasarkan kajian & pemerhatian, kami senaraikan 15 SENAMAN UNTUK OTAK & MINDA KITA AGAR KEKAL SIHAT.

Belajar Bahasa Baharu - Jika anda dapat belajar & memahami bahasa bangsa lain, ia salah satu kelebihan yang sangat bagus. Tak semua kita mahir dalam bertutur bahasa asing. Satu hari satu ungkapan pun dah kira bagus.

Fokus Bila Berbual Dengan Seseorang - Bila kita hendak berbual, pastikan kita fokus pada individu tersebut. Ia menunjukkan bahawa kita berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampaikan. Ia membantu kita untuk belajar fokus pada kerja-kerja lain juga.

Membaca Buku/Komik/Majalah/Kitab - Rajinkan diri untuk membaca. Ia adalah senaman & terapi untuk minda & otak untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Otak akan cuba mengingati, fokus & menyimpan maklumat yang dibaca.


Makan Makanan Berkhasiat - Apa yang masuk ke dalam mulut kita, itu akan menentukan tahap kesihatan badan & juga mental kita. Makanlah makanan berkhasiat. Ia membantu pembesaran tubuh badan & menjaga kesihatan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...