Perwalian antara seorang hamba dengan Allah menjadikan suatu pertalian teramat rapat dan mesra, sehingga Allah akan memberikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jika wali Allah itu dimusuhi, maka Allah telah mengisytiharkan perang padanya. ini kerana Allah mencintai waliNya, sehingga Allah akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, menjadi pandangannya untuk melihat, dan Allah akan menjadi tangannya yang dipakai untuk memegang dan menjadi kakinya untuk berjalan. Maka apa-apa yang dia minta nescaya akan diberi setiap permintaannya, dan jika dia minta perlindungan dariNya maka Allah akan lindungi dia. Kerana itu wali-wali Allah tiada memiliki rasa khuatir dan takut, ini merupakan jaminan Allah terhadap wali-walinya, sepertimana disebutkan dalam firmanNya yang bermaksud: “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah Yunus ayat 62).
Sebahagian besar isi buku ini merupakan terjemahan dan ulasan dari karya seorang ulama sufi agung iaitu Al-Imam lbnu Athaillah Al-Iskandari yang meninggal pada tahun 1309 Hijriah di Mesir yang bertajuk Matan al-Hikam. Namun buku ini merupakan satu karya yang menunjukkan jalan kepada hamba-hamba Allah yang ingin betul-betul menjadi kekasihNya atau yang sering disebut sebagai wali Allah dengan cara-cara yang sahih. Bagaimanapun sebahagian besar buku ini menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan apa-apa yang mesti dilakukan oleh hati sehingga bermula dari situ akan mendorong seseorang rajin beribadah dan menjauhkan diri dari berbagai maksiat.
No comments:
Post a Comment