Maka didalam buku yang sedang para pembaca budiman tatap ini turut mengajak kita mengimbau kembali dengan hati yang insaf dan berazam untuk sama-sama meneruskan perjuangan yang suci dan mulia ini.
Intisari daripada usaha dakwah yang menjadi agenda utama para nabi itu diutuskan oleh Allah SWT kepada umat ini bahawa manusia ini perlunya didatangi kepada mereka peringatan dan nasihat. Para Nabi dan Rasul silih berganti dari satu zaman ke zaman dengan harapan supaya umat ini tahu hakikat bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sementara dan adanya tugas dan tanggungjawab yang besar terhadap Allah SWT dan kehidupan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment