Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, March 16, 2021

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an.

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran.

TRANSKRIP KULIAH
Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan.

GAYA BAHASA
Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru.

MAKSUD PERKATAAN
Dikekalkan perkataan dialek Kelantan dan diberikan maksud untuk memudahkan kefahaman semua.

KAEDAH PENULISAN DAN PENYUSUNAN
Transkrip kuliah diambil daripada audio kaset kuliah Tok Guru. Audio kuliah akan ditranskrip dengan ditaip setiap perkataan yang diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru. Teks transkrip dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru. Transkrip tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua orang di Malaysia khususnya. Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal. Kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan. Proses edit juga mengekalkan gaya bahasa Tuan Guru yang disampaikan menggunakan dialek Kelantan.

Antara Kandungan:
NAMA SURAH AL-FATIHAH
Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.

AIR SEMBAHYANG SEBELUM MEMBACA AL-QURAN
Kaedah kita hendak baca Al-Quran, pertama sekali sepatutnya kita kena ada air sembahyang. Air sembahyang ini kita kena ambil, untuk membersihkan diri kita daripada syaitan, daripada karut-marut. Macam mana cara hendak hambat (halau) syaitan jangan duduk di dalam hati kita ini? Allah Ta’ala beritahu kepada kita, syaitan ini salah satu daripada cara hendak hambat (halau) dia adalah kena ada air sembahyang. Dengan sebab itu sebelum daripada kita baca Al-Quran, kita kena ada air sembahyang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...