Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Show all posts

Wednesday, March 17, 2021

Promosi Islamik Kitab Tafsir Al-Quran


Salam Semua...

Jom dapatkan buku-buku & kitab-kitab tafsir Al-Quran pada harga PROMOSI. 
HANYA 6 HARI SAHAJA GAIS... 
BERMULA 8/3 - 23/3/21.

Semua buku & kitab tafsir ADALAH BARU.
FREE GIFT ISTIMEWA diberikan untuk belian MELEBIHI RM150 😍

Antara buku & kitab tafsir yang ada dalam promosi ini:
  • Tafsir Al-Quran oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (7 Juzuk
  • Tafsir Al-Quran oleh HAMKA (30 Juzuk)
  • Tafsir Ibnu Katsir (1 set)
  • Tafsir Ibnu Abbas
  • Tafsir Al-Jalalain
  • Tafsir Ayat-Ayat Jilid 1 & 2
  • Tafsir Al-Quran di Radio IKIM (30 juzuk)
  • Tafsir Ayat Ahkam
Buku tafsir ini sangat sesuai untuk bacaan umum (kecuali kitab tebal tu. Yang tu kena berguru).
Ingin jadikan bacaan sendiri, hadiah, wakaf mahupun hantaran kahwin/pertunangan, sangat sesuai 💟


Sebarang belian, pertanyaan, boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 013-6786571
IG: books_belidiskaun
FB: Booksbelidiskaun
Telegram: t.me/buukubooksville 


Tuesday, March 16, 2021

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fil, Surah Al-Humazah, Surah Al-Asr, Surah Al-Takathur ~ Nik Abdul Aziz Nik Mat

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Buku tafsir empat surah dalam Juzuk 30 ini antara surah-surah yang terkenal di alam Melayu. Mengikut susunan mengundur, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghuraikan empat surah ini bermula Surah al-Fil, Surah al-Humazah, Surah al-'Asr dan Surah al-Takathur.

Kesinambungan daripada buku tafsir 6 surah iaitu Surah al-Masad hingga Surah Quraisy, buku tafsir ini membawa kita untuk memahami dengan lebih dalam tunjangan akidah Islam yang sebenar. Almarhum Tuan Guru membawa kita menelusuri setiap bilah-bilah perkataan yang terkandung di dalam surah-surah Kalamullah yang agung ini, sehingga terasa seolah-olah kita melihat dan mengalami sendiri denyut nadi perjuangan baginda menyebarkan akidah Tauhid kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Deruan dan arus untaian kalimah Mutiara bicara Almarhum Tuan Guru, memberi kita visual yang jelas dalam meneroka kalimah Al-Quran yang mulia.

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Waqiah ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Surah al-Waqi'ah antara surah yang terkenal di Alam Melayu. Ada yang membacanya setiap hari, ada yang membacanya setiap hari Jumaat atau sebelum tidur.

Surah ini padat dan sarat dengan perkara ghaib tentang Hari Kiamat, syurga dan neraka. Bermula dengan gegak gempita kejadian hari kiamat di mana bumi akan di'khe-nyek' (dihancurkan) dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Diikuti pula nikmat syurga dan
azab neraka yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, terlintas di hati dan terjangkau oleh akal manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menggambarkannya dalam ayat-ayat yang pendek di dalam Surah al-Waqi'ah ini.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghuraikan surah ini melalui ilmu Sastera Arab beliau yang mendalam. Beliau dapat menghuraikan ayat demi ayat dengan konotasi yang tepat ayat demi ayat, kalimah demi kalimah.
Pasak demi pasak yang sentap dan padu, almarhum Tuan Guru 'menjolok' dan 'mencucuk' telinga para pendengar agar tersemat kemas dan terikat mati' di sanubari kalbu yang Muslim dan Mukmin. Melalui bicara mutiara hikmah Tuan Guru, kita telusuri
samudera Kalam Ilahi dalam Surah al-Waqi'ah.

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Hud ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM60.00 > RM58.00

Buku Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Hud ini merupakan terbitan pertama koleksi buku-buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. la diterbitkan pada tahun 1996. Mengapa surah ini tertebih dahulu dipilih oleh jawatankuasa penerbitan?

Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikannya dalam dua situasi. Pertama, situasi sebelum Tuan Guru memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan. Justeru, berdasarkan kedua-dua huraiannya, kita boleh melihat perbezaan penerangan Tuan Guru.

Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua yang berbunyi; "(AL-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah."
Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya; 'Alayhimussolatuwas Salam.

Mesej bersifat universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaum mereka ini juga turut disampaikan oleh Nabi Muhammad Solallahu 'Alayhi wa Sallam kepada seluruh manusia hingga akhir

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Yunus ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Kisah Nabi Yunus terpapar dalam empat buah surah di dalam Al-Quran. Turutan penurunannya memberi ibrah dan pengajaran buat Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wa Sallam.Kisah-kisah nabi Yunus bermula turunnya daripada Sural Al-Qalam, kemudian Surah Yunus, diikuti Sural al-saffat dan akhir sekali di dalam Surah Ai-Anbiya'. 

Kandungan di dalam surah ini melatari kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa dakwah Rasulullah sewaktu d Mekah. Memberi semangat dan motivasi keramat sehingga baginda dapat bangkit setiap hari untuk berdakwah kepada penduduk Mekah ketika itu.

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz: Surah Al-Masad, Surah Al-Nasr, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Kauthar, Surah Al-Maun, Surah Quraisy ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Enam surah berangkai ini dihuraikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara berpasangan. Surah Al-Masad bersama Surah al-Nasr, Surah al-Kafirun bersama Surah al-Kauthar dan Surah al-Ma'un bersama Surah Quraisy. Surah-surah pendek atau dikenali dengan nama 'surah-surah lazim' yang dilazimi oleh umat islam membacanya di dalam solat, mengandungi cerita dan kisah suka dan duka Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wasallam berdakwah di Mekah dan di Madinah. 

Bermula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehuingga Abu Lahab dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad. Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab. Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah. 

Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata. Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru sungguh mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia. Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah i ni melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang kelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Nas, Surah Al-Falaq, & Surah Al-Ikhlas ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Selepas Surah al-Fatihah, Surah al-Nas, Surah al-Falaq dan Surah al-Ikhlas ialah trio surah yang dekat di hati orang Islam di Alam Melayu khususnya. Kita mengenal tiga surah ini sejak sedari kecil lagi dengan nama Tiga Qul. Dibaca hampir setiap hari tanpa memahami maksud setiap kalimah dan ayatnya ketika itu.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberitahu bahawa surah pertama yang dihuraikan di Masjid Pulau Melaka apabila baru sahaja pulang daripada melanjutkan pelajaran di luar negara ialah Surah al-Nas. Beliau mengetahui surah ini dekat di hati orang Melayu.

Walaupun kita tidak ada rakaman huraian pertama pada tahun 1962 itu. Tetapi melalui buku tafsir ini, kita boleh andaikan ia seakan sama pengisiannya di saat kali pertama diucapkan. Tambahan pula Tuan Guru mengaitkan pula hubungan Surah al-Nas dengan Surah al-Fatihah sebagai surah yang terakhir dan surah yang pertama.

Huraian kembar Surah al-Nas iaitu Surah al-Falaq yang diturunkan bersama sekaligus akan melengkapkan lagi kefahaman kita terhadap dua surah yang digelar al-Mu'awwizatayn iaitu dua perlindungan. Meminta perlindungan daripada Allah daripada segala gangguan yang wujud di dunia ini sama ada daripada kalangan jin dan manusia.

Setiap deruan untaian kata-kata Tuan Guru menghuraikan surah-surah ini akan 'memanaskan' ruang f

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah ~ Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an.

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran.

TRANSKRIP KULIAH
Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan.

GAYA BAHASA
Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru.

MAKSUD PERKATAAN
Dikekalkan perkataan dialek Kelantan dan diberikan maksud untuk memudahkan kefahaman semua.

KAEDAH PENULISAN DAN PENYUSUNAN
Transkrip kuliah diambil daripada audio kaset kuliah Tok Guru. Audio kuliah akan ditranskrip dengan ditaip setiap perkataan yang diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru. Teks transkrip dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru. Transkrip tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami

Friday, November 27, 2015

Komik Tazkirah Tok Guru ~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Athool

Komik Tazkirah Tok Guru - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Himpunan petikan tazkirah dan kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diadaptasi dan diilustrasikan dalam bentuk komik. Santai dan menyegarkan.
*****
(SEM & S/S) RM12.90 > RM11.40

Monday, April 1, 2013

Bicara Ini Demi Ilahi ~ Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...