Menghimpunkan 33 ramalan yang diulas dan disandarkan kepada hadishadis Nabi SAW (khasnya berkenaan peristiwa-peristiwa akhir zaman). la meliputi pelbagai perkara dan urusan umat ini..dalam kehidupan mereka seperti keagamaan, kemanusiaan, ekonomi, kemasyarakatan, kepimpinan, urusan bidaah dalam agama, kesihatan, penemuan saintifik dan lain-lainnya.
Mengapa buku ini sesuai untuk dibaca,dihayati dan dimiliki?
Sebagai makhluk sosial, yang mengimani akan kematian dan pertemuan dengan Pencipta-Nya maka buku ini membicarakan tentang perkara-perkara yang akan berlaku kepada umat ini. Bersesuaian dengan kedudukan Nabi besar kita Muhammad SAW sebagai ndbi akhir zaman dan penutup bagi segala para nabi dan rasul, yang diutuskan membawa rahmat kepada seluruh alam ini. Baginda SAW telah pun meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu, tapi baginda SAW telah menerangkan dan membicarakan persoalan-persoalan yang bakal terjadi kepada umat ini.
No comments:
Post a Comment