Selain itu, penulis menyatakan kesan daripada penjajahan dan dakwah Islam terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara ini sehingga membangkitkan beberapa isu seperti kedudukan Islam dan konsep pemerintahan beraja. Dalam pada itu, penulis menceritakan sejarah perkembangan dakwah Islam di Malaysia yang perlu diketahui oleh masyarakat umum tentang bagaimana realiti masyarakat majmuk selama ini. Akhirnya, penulis membawa naratif konsep satu keluarga sebagai suatu penyelesaian dan kaedah bagi memelihara suasana kehidupan masyarakat majmuk agar selari dengan prinsip Islam serta realiti umat pada hari ini atas dasar perpaduan.
Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Saturday, April 9, 2022
Islam Dalam Negara Masyarakat Majmuk ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00Buku ini merupakan penjelasan bagaimana Islam sebagai agama yang bersifat universal berinteraksi dengan masyarakat majmuk yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum, bangsa, dan agama. Penulis juga menghuraikan strategi dan perancangan golongan penjajah negara ini yang telah merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat dengan menimbulkan pertembungan dan konflik antara kaum khususnya sebelum kemerdekaan. Menerusi karya kali ini, penulis juga menekankan penyelesaian isu masyarakat majmuk berkonsepkan masyarakat madani dengan berlandaskan pendekatan secara wasatiyyah, tidak bermudah-mudah (tasahul), dan tidak ekstrem (tasyaddud).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment