Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, June 30, 2022

Fiqh Siasah Khulafa' Al-Rasyidin Khalifah 'Ali ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) ~ RM50.00 (softcover) & RM75 (Hardcover)

Buku ini merupakan jilid terakhir yang menyempurnakan penerbitan karya siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak empat jilid. Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat agung dan khalifah Islam ulung iaitu Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA yang mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW dan memainkan peranan yang signifikan sepanjang pemerintahan Islam era tiga orang khalifah sebelumnya. Khalifah ‘Ali RA mengharungi suatu fasa pemerintahan yang sangat mencabar kerana mewarisi era kepemimpinan setelah kewafatan Khalifah ‘Uthman RA yang terbunuh syahid. 

Dalam pada itu, beliau meneruskan langkah politik secara berhikmah bagi meneruskan kelangsungan Islam. Malah, beliau juga mendepani dengan penuh kebijaksanaan terhadap fitnah dalaman umat yang sangat dahsyat kesan daripada tipu daya musuh Islam yang telah meninggalkan luka dan parut kepada ummah sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...