Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, June 17, 2022

Mengurus Harta Pusaka: Pusaka Pemangkin Kesejahteraan Keluarga ~ Wan Abdul Halim Wan Harun

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Masalah pembahagian harta pusaka merupakan salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh waris-waris yang terlibat. Hal ini kerana, harta pusaka yang tidak diselesaikan akan menimbulkan masalah pemilikan harta dalam kalangan waris-waris khususnya hartanah. Antara akibatnya ialah membantutkan urusan pembangunan hartanah, menghalang urus niaga dan wujud tanah-tanah terbiar. 

Buku ini memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pembahagian terbaik ke atas harta peninggalan si mati. Buku ini mengandungi empat bab dan dimulai dengan asas hukum Faraid. Diikuti bab dua yang membincangkan tentang tanggungjawab waris-waris menyelesaikan perkara-perkara berbangkit daripada harta peninggalan si mati tersebut. 

Bab empat pula sebagai penutup, pembaca didedahkan dengan permasalahan dalam masyarakat berkaitan dengan urusan pembahagian atau penyelesaian harta pusaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...