Oleh kerana itu, fasa awal dakwah Nabi Muhammad SAW adalah membentuk akidah yang sahih dalam umat Islam. Baginda menyeru kepada tauhid dan meninggalkan syirik. Perkara ini berterusan dalam jangka masa yang panjang dan syariat-syariat lain tidak diturunkan pada ketika itu melainkan sedikit sahaja.
Majoriti inti Al-Qur’an yang diturunkan di Mekah membahaskan sekitar perkara akidah, berkenaan keimanan kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari akhirat, ketentuan takdir dan lain-lain. Syarhus Sunnah Al-Barbahari adalah antara kitab terawal yang membentangkan secara terperinci akidah Islam. Kata beliau pada mukadimahnya, “Islam itu adalah Al-Sunnah, dan Al-Sunnah adalah Islam”.
Ketika pelbagai fitnah dan syubhat menimpa umat Islam pada hari ini, kemunculan kelompok liberal, anti hadis dan sebagainya yang mempersoal dan melecehkan akidah umat Islam, terjemahan ini datang tepat pada masanya agar kita semua dapat membaca, meneliti dan memahami akidah Islam yang benar.
No comments:
Post a Comment