Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Rachmat Ramadhana Al-Banjari. Show all posts
Showing posts with label Rachmat Ramadhana Al-Banjari. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Biografi Malaikat ~ Rachmat Ramadhana Al-Banjari

Pernahkah anda membayangkan malaikat yang abstrak namun wajib hukumnya untuk kita imani kewujudannya? Pernahkah juga anda memikirkan tentang apakah yang dilakukan Malaikat Jibril setelah usai sejarah kenabian di muka bumi ini? Serta, mungkinkah kita berinteraksi dengan para malaikat Allah?

Buku ini mengemukakan penelitian yang mengejutkan dan menyedarkan kita tentang wujudnya para malaikat Allah. Segala yang ingin anda ketahui tentang makhluk ghaib tersebut insyaAllah terhimpun di dalam buku yang mampu membimbing anda meneguhkan iman yang sempurna ini.

• Para Malaikat Yang Bertugas Menjaga, Mengawasi Dan Mencatat Seluruh Aktiviti Manusia
• Malaikat Harut Dan Marut
• Malaikat Yang Hadir Ketika Solat Lima Waktu
• Malaikat Yang Memohonkan Keampunan Bagi Orang Yang Menunaikan Solat Jumaat
• Doa Malaikat Untuk Orang Yang Gemar Bersedekah Dan Menafkahkan Hartanya Di Jalan Allah
• Malaikat Yang Memohonkan Rahmat Dan Keampunan Allah Untuk Para Ahli Ilmu Dan Penuntut Ilmu
• Tujuh Puluh Ribu Malaikat Berselawat Kepada Orang Muslim Yang Menjenguk Saudaranya Yang Sakit
• Malaikat Yang Menguatkan Rohani Dengan Mengilhamkan Kebaikan Dan Kebenaran Ketuhanan
• Malaikat Yang Menghadiri Majlis Zikir Dan Membaca Al-Qur’an
• Doa Dan Sambutan Para Malaikat Kepada Orang Yang Menunaikan Haji Dan Berwukuf Di Arafah
• Sebab-Sebab Malaikat Tidak Mahu Hadir Di Tengah-Tengah Manusia
• Cara Menjalinkan Persahabatan Dengan Para Malaikat
• Hikmah Berselawat, Memberi Salam Dan Bertabarruk Kepada Para Malaikat Allah
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM16.00 > RM14.00

Thursday, November 20, 2014

Hafal Asmaul Husna ~ Rachmat Ramadhan Al-Banjari

Pasti ada dalam kalangan kita yang tidak tahu akan kelebihan dan keistimewaan Asmaul Husna, sekiranya diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Penerapan dan istiqamah dalam pengamalan Asmaul Husna ini, insya Allah akan memberikan impak positif kepada kesihatan fizikal, terbukanya pintu rezeki serta memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Yang penting adalah kita percaya dan yakin dengan sepenuh hati serta tawaduk dalam mengamalkannya untuk mencapai keberkesanan dan kejayaan. Oleh itu, di dalam buku ini akan diberikan panduan serta cara pengalaman dan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai sesuatu matlamat yang kita inginkan.

Semoga dengan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, dapat menuntun dan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia. Lebih manis lagi adalah mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Amin.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Tuesday, January 7, 2014

Karamah Para Sahabat Nabi s.a.w (Hard cover) ~ Ustaz Rachmat Ramadan Al-Banjari

Sekiranya mukjizat itu dikurniakan secara khusus kepada para nabi dan rasul untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T, maka karamah pula dianugerahkan kepada orang pilihan yang hampir, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. 

Ada berbagai bentuk karamah yang dianugerahkan Allah kepada mereka "teristimewa" itu. Abu Bakar, sebagai contohnya, ketika ada tetamu, sedangkan makanan di rumah sangat sedikit, tiba-tiba makanan yang dihidangkan kepada tetamunya menjadi banyak dan semua orang mendapatkan bahagiannya. Beliau juga diberikan karamah mengetahui kematian dan jantina anaknya yang bakal di lahirkan. 

Manakala seorang lagi sahabat iaitu Umar bin Khattab dianugerahkan karamah berupa kemampuan berbicara dengan orang mati. Selain itu, karamah terbesar Umar adalah syaitan takut kepadanya. Sebuah keajaiban yang Allah anugerahkan hanya kepada mereka yang menjadi kekasih-Nya. 

Buku ini merupakan kitab himpunan karamah amat dahsyat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti, moralnya agar kita mengambil pelajaran yang sangat berharga, bahawa Allah S.W.T. benar-benar Maha Kuasa. Selamat membaca dan ambillah hikmah sebesar-besarnya dari buku ini.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...