Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Syed Azharul Asriq. Show all posts
Showing posts with label Syed Azharul Asriq. Show all posts

Thursday, July 4, 2019

Imam-Imam Yang Melawan ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ungkapan 'Berani kerana Benar' mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, adakah mudah bagi kita melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya seteru kita itu jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada kita? Mampukah kita terus bangun dan menegakkan kebenaran atau kita akan tunduk lalu akur menerima kejahilan asalkan hidup kita mudah?

Itulah ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh yang diketengahkan dalam buku ini. Walaupun daripada pelbagai latar belakang dan zaman yang berbeza-beza namun mereka menempuhi dugaan yang sama. Melawan kerajaan atau pihak istana yang kian jauh daripada landasan agama. Buku ini membawa pembaca bersama tokoh-tokoh yang mampu melawan sebuah organisasi yang besar lagi berkuasa.

Antara kisah perjuangan tokoh yang terkandung dalam naskhah ini:
Khalifah Umar Abdul Aziz
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Ahmad bin Hanbal
Salahuddin al-Ayyubi

Friday, August 25, 2017

Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

- Apa kaitan kaum Nabi Nuh dengan berhala Kim-Il-Sung di Korea utara?
- Di manakan Atlantis kota Kaum 'Ad?
- Tinggalan kaum yang dilaknat Allah menjadi tapak warisan UNESCO?
- LGBT penyakit warisan kaum Nabi Lut?
- Sudah wujud golongan kapitalis ribuan tahun dahulu?
- Kisah orang kaya angkuh 3300 tahun silam?

Roda sejarah itu berputar. Apa yang berlaku pada zaman para Nabi dan Rasul, juga berlaku pada zaman kita. Masalah moral, masalah politik dan masalah akidah itu berulang-ulang setiap zaman. Para Nabi dan Rasul adalah hero di zaman silam yang cuba memperbaiki kaum mereka. Ada nabi yang berjaya, ada juga yang syahid. Semangat perjuangan para nabi, perlulah diteruskan kita. Patah tumbuh hilang berganti.

Friday, September 30, 2016

Siput Yang Mengubah Sejarah ~ Syed Azharul Asriq

“Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Sciences dan juga siri ceramah saya di Youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.”
Dr. Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“ Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis.”
Ustaz Abdullah Bukhari, penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran.

“Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita.”
Saudara Hafizul Faiz, penulis novel Surat-surat Dari Maninjau.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...