Dan dalam perkembangannya di Alam Melayu, walaupun pada prinsipnya ia mempunyai ciri-ciri yang distinktif atau berbeza, tetapi ia mengalami proses asimilasi baik secara sederhana mahupun secara berlebihan dalam bentuk sinkretisme. Bersama dengan kedatangan agama juga ia membawa kebudayaan dan tamadun yang meliputi berbagai aspek kehidupan dan pemikiran ( life and thought ). Berbeza daripda pandangan model sekular yang memisahkan urusan agama dan kehidupan sebaliknya dalam pandangan tradisional persoalan budaya berkait rapat dengan agama sebagai asasnya ( foundation ).
Namun dalam perkembangan budaya , nampaknya pengaruh budaya Hindu bersifat elitis , pengaruh budaya Buddha bersifat rakyat, dan terutamanyabudaya Islam lebih menyeluruh baik di peringkat atasan mahupun rakyat bawahan umumnya. Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam berteraskan kesamaan darjat manusia kecuali kerana taqwanya , tetapi dalam praktiknya di Alam Melayu ada kalanya terdapat unsur perbezaan darjat dari segi penggunaan bahasa, adat istiadat, perundangan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment