Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Thebingkisanhati. Show all posts
Showing posts with label Thebingkisanhati. Show all posts

Tuesday, June 21, 2022

Semua orang berhak dapat peluang kedua


Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

"Buatlah kebaikan kerana kita tidak tahu dari pintu mana kita akan dimasukkan ke Syurga Allah."
- Imam Hassan Al-Banna -

Buku: Thebingkisanhati. Miiraimi. 2019. Terima Kasih Allah. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Thursday, December 3, 2020

Terima Kasih Allah ~ thebingkisanhati, Miiraimi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku TERIMA KASIH ALLAH mempersembahkan nukilan dan ilustrasi istimewa, kolaborasi antara TheBingkisan Hati bersama Miiraimii dalam menghasilkan sebuah karya motivasi yang dihimpun bersama komik di mana intipatinya yang sangat dekat dengan kehidupan kita.

Ini kerana dalam kehidupan, semua orang pernah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup. Acap kali kita tersasar dalam menyeberang lautan dunia. Adakala kerana terlalu lena merasai kelazatan dunia, langkah yang kita atur semakin jauh daripada-Nya.

Namun kita tahu sesulit apa jalan yang kita tempuh, kita masih ada DIA. Sejauh mana khilaf yang kita lakukan, masih ada keampunannya yang tidak terputus.

Moga nukilan dan lakaran ini bisa melakarkan sebuah rasa untuk kita semua sama-sama muhasabah diri dan mendidik jiwa menjadi lebih baik. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

Friday, July 10, 2020

Bangkitlah Jiwa ~ Thebingkisanhati, Azura Zamri

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya.

Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.

Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

Thursday, January 30, 2020

Ada Dia Di Hatiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar. 

Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

Tuesday, April 9, 2019

Allah Itu Dekat ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Allah Itu Dekat adalah sebuah karya motivasi yang menitipkan pesan dan nasihat tentang roda kehidupan yang sedang kita jalani.

Ia menyentuh pelbagai ujian hidup dan bagaimana cara kita mengawal keadaan, bagaimana kita berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Kerana hidup yang teruji bukan untuk menyerah tetapi untuk diperjuangkan. Seharusnya tiada istilah putus asa dalam kamus kehidupan. Apa pun yang singgah, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Buat insan yang pernah kecundang berkali-kali dalam hidup, karya ini khusus buat kalian. Moga karya sederhana ini mampu menjentik hati dan memberi motivasi hidup. Mampu memberi kekuatan dan menghidupkan semangat yang telah lama luntur. Selamat membaca buku Allah Itu Dekat. Moga ada sesuatu yang kalian perolehi di dalam karya ini.

Tuesday, July 10, 2018

Cukuplah Allah Bagiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama penathebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.

Semoga ujian yang hadir bersama air mata itu bukan sebagai petanda kita lemah tetapi sebagai petanda kita sedang mengumpul kekuatan.

Friday, December 22, 2017

Allah Kan Ada ~ The Bingkisan Hati

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca. 

Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti. Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan peringatan yang Allah hantarkan. Bersama semua itu, Allah turut hantarkan hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan sengaja Allah biarkan kita melaluinya. 

Penulis persembahkan buku ALLAH KAN ADA ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam kehidupan kita. Selamat membaca buku ini. Moga ada ibrah dan kebaikan yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.

Monday, July 24, 2017

Don't Be Sad ~ Thebingkisanhati

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Kalau dalam ujian ada butang delete, sudah pasti ramai dalam kalangan kita akan pilih button itu. Kerana dalam hidup ini, tiada manusia yang ingin menjalani hidup dalam keadaan duka dan derita. Hidup dalam keresahan hati dan jiwa kerana khuatir memikirkan ujian dunia.

Tetapi sayangnya dalam hidup ini, kita tiada pilihan untuk mendelete ujian tersebut. Kita suka atau tidak, kita mahu atau tidak kita tiada pilihan. Kita harus jalaninya juga. Kita harus melaluinya juga. Walau seberat apa pun ujian tersebut, ingatlah satu perkara bahawa
DIA selalu ada.

"Wahai hati, kuatlah seperti selalu
Walau terkadang kau rasa tak mampu"

Wednesday, August 17, 2016

Expectation ~ Thebingkisanhati

Kata mereka, aku hina dan tak layak jadi baik, masa silam aku jahat.

Aku senyum.

Aku sabar.

Aku pekakkan telinga.

Mereka tak tahu, aku punya matlamat ingin terbang ke syurga.

Kenapa perlu fikirkan expectation orang lain.

Sedangkan expectation Allah lebih penting.

Kuatlah! Kau tidak keseorangan.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...