Karamah adalah perkara menyalahi adat yang Allah izinkan berlaku kepada hamba-hamba pilihan-Nya. Sepertimana para Nabi dikurniakan mukjizat, begitulah juga para wali yang dianugerahkan karamah sebagai suatu bentuk kemuliaan bagi mereka. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah kerana Dia Maha Berkuasa.
Itulah yang dibawakan naskhah ini yang menerangkan perihal karamah, pengertiannya, jenis, dalil-dalil dan contoh-contoh serta 30 kisah karamah Sahabat yang dirakamkan, antaranya; karamah Sayyidina Sa‘ad bin Mu‘az, karamah Sayyidina Khalid Al-Walid, karamah Sayyidina Ibnu Mas‘ud, karamah Sayyidina Salman Al-Farisi, karamah Sayyidina Anas bin Malik dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment