Tangisan seringkali dikaitkan dengan kelemahan, tiada upaya, kesedihan & keburukan. Namun hakikat sebenar tangisan telah disalah tafsir. Banyak tangisan hari ini terjadi kerana digunakan untuk perkara yang remeh & bathil. Sedangkan tangisan & air mata orang terdahulu yang tumpah tertujuan agar memastikan kita pada hari ini dapat mengenal Islam & Allah SWT sebagai Rabb kita. Setitik air mata tangisan umat yang hak dapat memadamkan kepanasan api neraka.
Tangisan umat bukan tangisan kelemahan tetapi tangisan yang mampu memberi kesan terhadap dunia. Tidaklah dapat saya menerangkan sebanyak mana tangisan yang boleh menyebabkan mata manusia manjadi buta tetapi yang saya tahu & faham orang yang tidak menangis kerana Islam maka hatinya telah buta & mati terhadap perintah Allah SWT serta sunnah Nabi Muhammad SAW.
Melalui kisah yang disampaikan dalam buku ini ianya merupakan satu gambaran kepda minda kita tentang tangisan umat yang hak. Tangisan umat ini akan mengembalikan kegemilangan Islam dan memantapkan iman & taqwa setiap jiwa daripada umat ini.
Jika hari ini umat ingin menangis. izinlah saya yang dhaif ini menjadi pemimpin kepada orkestra tangisan umat agar seiring mengikuti irama & rentak seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta dapat menarik rahmat dan hidayah daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment