Tak salah seseorang menyukai seseorang, kerana itu adalah fitrah manusia yang dibekalkan naluri untuk kasih mengasihi sesama manusia. Cumanya, jika belum bersedia, usah diluahkan pada empunya diri, bimbang ia akan menyusahkan kita kelak. Berdoalah pada Allah SWT, mohon petunjuk daripada-Nya. Perbanyakkan istikharah agar dipermudahkan urusan memilih calon terbaik. Jika hati rasa tenang kepadanya, maka usahakan untuk memiliki secara halal. Kalau sudah jodoh, segalanya terasa mudah biarpun jaraknya beribu-ribu batu sekalipun.
Buku ini pada asalnya adalah hasil penulisan status penulis di laman sosial namun ia mempunyai huraian berbanding status asal di laman sosial yang agak terhad. Bahkan penulis juga menyelitkan beberapa karikatur yang dilukis sebagai tambah nilai, serta lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam.
No comments:
Post a Comment