Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Muhammad Abdullah Al-Amin. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Abdullah Al-Amin. Show all posts

Monday, March 4, 2019

Keluarga Idaman Syurga ~ Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Membina rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat dielakkan.

Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah tangga.

Buku ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.

KANDUNGAN
Muqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.

Tuesday, July 10, 2018

Mr. Gentleman Dambaan Wanita ~ Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya. 

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam. Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...