Berjalanlah seperti api dan meninggalkan debu di belakang.
Api Caucasus adalah kisah pengembaraan dua sahabat yang diberi peluang untuk menyaksikan kebesaran Yang Maha Esa di Azerbaijan, sebuah negara yang digelar The Land of Fire. Negara ini yang terletak di sebuah rantau yang dinamakan Rantau Caucasus ini adalah negara yang dikatakan menjadi tanah kepada sebuah gunung yang tidak pernah padam apinya selama ratusan tahun walau dilanda ribut taufan, hujan mahu pun salji.
Betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T menciptakan satu kawasan yang dinamakan Yanar Dagh ini. Pengembaraan yang diselangi oleh pahit manis peristiwa-peristiwa yang tidak mereka jangka menjadikan mereka hampir membatalkan pengembaraan ke sana. Selami juga pengalaman bergaul dengan masyarakat berbangsa Azeri dan berbahasa Azeri di tanah bekas jajahan Soviet Union ini.
No comments:
Post a Comment