“Adakah saya… masih lagi manusia?”
“Yang membuatkan kita manusia atau tidak, bukanlah keupayaan fizikal kita, Athena.”
“Habis tu apa?”
“Kemanusiaan”
Projek Athena adalah satu projek penyelidikan khas negara Erudayn bertujuan untuk mengkaji kualiti daya hidup dan keabadian manusia.
Namun bila Athena perlu diserahkan kepada pihak tentera untuk dilatih sebagai senjata ketenteraan, dia lari dan menyembunyikan diri.
Bagi memburu Athena, satu “senjata” khas dikeluarkan dari simpanan negara untuk menjejakinya.
Sepanjang pelarian, Athena menyaksikan realiti dunia dan sisi kemanusiaan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.
Apabila keselamatan Erudayn terancam, Athena menyedari dia perlu membuat keputusan yang amat berat baginya. Bolehkah penciptaan manusia mendatangkan kebaikan berbanding kemudaratan?
No comments:
Post a Comment