Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain.
Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-apa pun kekurangan orang lain, seharusnya menjadi asbab untuk kita mengambil iktibar daripadanya.
No comments:
Post a Comment