Ujian datang dan pergi. Setiap hari kita perlu hadap ujian-ujian kecil. Kadang selesema, kadang anak membentak, kadang pemandu kereta lain memotong cara berbahaya, kadang selipar hilang di masjid. Ya, semua itu ujian berbentuk musibah yang buat jiwa kita gundah dan resah gelisah. Ujian kecil-kecilan sahaja, tetapi setiap hari ada-ada saja halnya!
Kemudian, sesekali Allah hantarkan pula ujian besar. Ada yang rumahnya terbakar, ada yang kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa ahli keluarga, ada yang rugi besar dalam perniagaan hingga diisytiharkan muflis, bahkan ada sedang bergelut musibah besar, terpaksa bertarung pula dengan musibah yang lebih besar. Ini kes jatuh ditimpa tangga!
Mahu buat apa? Marah? Menggelabah? Melayankan resah dan gelisah? Jangan. Sedapat mungkin, kita kena cuba kawal perasaan. Jiwa kena kuat dan tak boleh dimanja-manjakan sangat. Banyakkan bertenang. Biar tampak matang dengan sebenar-benar matang!
Inilah antara pesanan yang boleh kita dapat dalam buku RELAKSLAH!. Buku yang bukan setakat bagi nasihat acah-acah suci tapi memang dibawakan bukti daripada pengalaman kisah benar 51 orang penulisnya sendiri.
Pokok utama isu ialah tentang relaks. Tentang tenang-tenang berdepan sesuatu situasi atau ujian. Stay calm. Memang dalam hidup ini kita sendiri kena jadi pendekar untuk perjuangkan syurga kita! Tapi jangan risau. Allah ada. Allah akan bantu kita.
No comments:
Post a Comment