Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah. Show all posts

Tuesday, April 12, 2022

Membongkar Rahsia Penyebaran Islam di Jawa: Lagenda Wali Songo 9 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Buku Legenda Wali Songo ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Bukti mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah s.a.w dan selepasnya, dimana berlaku penyebaran Islam melaui mata pedang dan kekuatan senjata.
Tuduhan palsu dan dusta itu jauh bercanggah dengan fakta dan realiti sebenarnya, bahawa penyebaran Islam lebih banyak berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiya, kecuali dalam keadaan terpaksa atau tidak dapat dielakkan. Dalam kes-kes terpencil seperti ini, biasanya peperangan hnaya berlaku selepas pihak musuh menolak seruan Islam ataupun enggan membayar jizyah jika ingin terus kekal dengan agama sendiri. Hanya setelah mereka menolak dua ultimatum itulah baru tercetusnya peperangan.

Bagaimanapun di kalangan orientalis itu masih ada yang jujur dalam kajian mereka. Dalam konteks ini, salah seorang di antar mereka yang paling terkenal yang menolak pandangan serong tersebut ialah Prof. Thomas W. Arnold. Melaui bukunya yang berjudul, The Preaching of Islam, yang terbit buat pertama kalinya pada tahun 1896, beliau membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke seluruh dunia secara damai melalui dakwah, bukan melalui kekerasan atau paksaan dan mata pedang. Pada masa kini, antara sarjana Barat yang terkenal dengan kajian mereka yang objektif dan jujur tentang sejarah dan agama Islam ialah Prof. Annemarie Schimmel dan Karen Armstrong.

Khusus di Jawa, rahsi penyebaran Islam secara meluas melalui gerakan dakwah terbukti jelas pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan gelaran Wali Songo. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap metode dakwah toleransi dan kompromi sebahagian tokoh-tokoh ini dengan budaya tempatan, namun kejayaan besar mereka mengislamkan seluruh pulau Jawa dan pulau-pulau sekitarnya tidak dapat dinafikan sama sekali.

Friday, October 9, 2020

Membongkar Sejarah Agama & Budaya Melayu ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Sebagai wilayah yang menjadi jalan persimpangan ( crossroad ) agama dan budaya , Alam Melayu mengalami perkembangan sejarah yang unik. Dari segi agama, ia bermula dengan tradisi agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama Hindu dan Buddha dari India , dan agama Islam baik melalui India, Cina, ataupun terus dari Arab-Parsi. 

Dan dalam perkembangannya di Alam Melayu, walaupun pada prinsipnya ia mempunyai ciri-ciri yang distinktif atau berbeza, tetapi ia mengalami proses asimilasi baik secara sederhana mahupun secara berlebihan dalam bentuk sinkretisme. Bersama dengan kedatangan agama juga ia membawa kebudayaan dan tamadun yang meliputi berbagai aspek kehidupan dan pemikiran ( life and thought ). Berbeza daripda pandangan model sekular yang memisahkan urusan agama dan kehidupan sebaliknya dalam pandangan tradisional persoalan budaya berkait rapat dengan agama sebagai asasnya ( foundation ). 

Namun dalam perkembangan budaya , nampaknya pengaruh budaya Hindu bersifat elitis , pengaruh budaya Buddha bersifat rakyat, dan terutamanyabudaya Islam lebih menyeluruh baik di peringkat atasan mahupun rakyat bawahan umumnya. Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam berteraskan kesamaan darjat manusia kecuali kerana taqwanya , tetapi dalam praktiknya di Alam Melayu ada kalanya terdapat unsur perbezaan darjat dari segi penggunaan bahasa, adat istiadat, perundangan dan sebagainya.

 

Saturday, October 26, 2019

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 3 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid 3 ini menumpukan perhatian kepada zaman moden Turki, ia bermula dengan ancaman penjajahan Barat yang memperkenalkan sistem secular di wilayah Mesih dan seterusnya di Turki sendiri. Pada peringkat awalnya, proses pembaratan berlaku melalui program Nizam-I Jedid oleh Sultan Selim 111, dan diikuti oleh program Tanzimat pada zaman Sultan Abdul Mejid. Sedangkan di kalangan tokoh-tokoh politik, proses pembaratan dijalankan oleh gerakan Uthmani Muda dan gerakan Turki Muda. 

Selepas perkembangan awal ini barulah muncul proses sekularisasi sepenuhnya oleh proksi Barat, Mustafa Kemal Ataturk, sehingga menghancur-luluhkan seluruh warisan Islam Turki sebelumnya. Bagaimanapun, legasi agung dari tradisi Turki Uthmaniyah masih hidup melalui gerakan ulama sufi dari semasa ke semasa, yang mencapai kemuncaknya di tangan Badiuzzaman Said Nursi serta Syeikh Mustafa Sabri. Dan yang lebih penting dari itu ialah melalui gerakan politik Islam yang dipelopori oleh Adnan Menderes.

Tuesday, July 9, 2019

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 2 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid ke-2 ini, tumpuan akan diberikan kepada analisis tentang faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat dua faktor besar, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran ialah ancaman kuasa Salib Kristian, seperti kuasa Portugis, Sepanyol, Habsburg, British, Perancis dan Russia. Ini diikuti oleh ancaman Yahudi dalam berbagai wajah, seupama Yahudi Dunama, Yahudi Freemason dan Yahudi Zionis. Malah sekaligus ia juga merupakan ancaman dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah daripada orang-orang Turki sendiri.

Ancaman juga datang daripada golongan Syiah, yang secara langsungnya datang daripada Kerajaan SYiah Safawiyah dari Iran. Namun sebagai penjelasan lanjut, didedahkan juga ancaman Syiah secara menyeluruh terhadap umat Islam sepanjang sejarah.

Rangkuman dari pelbagai faktor ini dan lain-lain faktor lagi telah membawa keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah, bukan hanya satu faktor sahaja yang cuba ditonjolkan oleh setengah pihak.

Friday, April 26, 2019

Sejarah Pemerintahan Islam di Alam Melayu ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Sebenarnya, perkataan Melayu itu sendiri pada masa kini mempunyai beberapa konsep dan pengertian. Pertama sekali secara khususnya ia dipakai dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai tiga ciri utama, : iaitu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beragama Islam, dan berpegang kepada adat resam Melayu. Menurut konsepsi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, sesiapa sahaja dapat menjadi Melayu atau “masuk melayu” setelah memenuhi ketiga-ketiga syarat ini.

Terdapat pula pengertian Melayu yang luas sebagai satu kelompok bangsa atau rumpun bangsa yang besar. Konsepsi ini dipakai dari segi linguistic dan antropologi, atau dari segi bahasa dan budaya, tanpa menekankan aspek agama Islam dalam takrifan Melayu seperti di atas. Dengan konsepsi seperti ini maka wilayah cakupan Alam Melayu atau Dunia Melayu menjadi lebih luas. Buku ini cuba memperincikan sejarah pemerintahan dan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu, sejak awal pertumbuhannya hingga kejatuhannya menjelang kedatangan penjajah Barat.

Thursday, March 21, 2019

Ensiklopedia Sejarah Turki: Membongkar Sejarah Zaman Sebelum Uthmaniyah & Selepas Uthmaniyah ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Buku Ensiklopedia Sejarah Turki ini terdiri daripada tiga jilid. Jilid pertama bermula dengan sejarah Turki Zaman Klasik sekitar abad ke-6M di wilayah Turkistan, Asia Tengah. Dua buah kerajaan Turki yang penting ketika itu ialah Kerajaan Qarakhan dan Seljuq. 

Dari asia Tengah bangsa Turki berhijrah ke Asia Barat dan menguasai Kerajaan Abbasiyah (750-1258) di Baghdad pada Zaman Pertengahan melalui peranan kaum Mamalik Turki dan Turki Seljuq, di samping tertubuh kerajaan-kerajaan kecil tempatan pimpinan golongan Atabeg.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...