Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Hamka Kereta Mayat. Show all posts
Showing posts with label Hamka Kereta Mayat. Show all posts

Tuesday, October 22, 2019

Kerana Dia Anak Syurga ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu-nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autisme lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedihkan? Ada yang anak sudah masuk darjah satu tapi belum dapat mengenali ibu bapanya, dan ada yang hingga dewasa pun tidak mampu berkata-kata padahal mereka bukan bisu!

Semua itu ujian, dan anak saya pula, alhamdulillah, sudah dapat memanggil ibu bapanya sewaktu berumur 4 tahun, namun sekarang masih tidak mampu membuat ayat, dan selalu menjawab dengan jawapan yang salah. Komunikasi hanya satu hala dan banyak diam dari bercakap, jika bercakap kita tidak faham bahasa mereka. Tak apa pelan-pelan kayuh.

Thursday, September 28, 2017

Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”.

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata Cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Kereta mayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaannya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.

Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...