Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Abu Muhammad Arafah Adha. Show all posts
Showing posts with label Abu Muhammad Arafah Adha. Show all posts

Monday, March 1, 2021

Misteri Al-Masih Ad-Dajjal ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Dunia sekarang ini sedang bergolak dengan pelbagai kemelut. Penyakit sosial , perpecahandalam masyarakat, pertumpahan darah melibatkan negara ISlam dan negara terkenal, peperangan, kerosakan di bidang fikiran, fahaman serta ideologi, pemujaan sihir dan lain-lain lagi telah menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Krisis bidang ekonomi , kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang dan sistem perbankan riba telah menindas umat manusia diserang pelbagai penyakit kerana pening dan stress. Di sebalik semua gejala yang terjadi, kita lupa, alpa dan terlepas pandang.

Apakah itu? Atau apakah "Dia"? Semua kemelut yang terjadi sekarang ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bumbag kalau-kalau umatnya terpengaruh dengan fitnah yang dibawa "Dia". Ramai dikalangan umat Islam sendiri tidak tahu dan sedar siapakah "Dia", tokoh yang merbahaya. "Dia" ialah DAJJAL. DAJJAL yang bakal muncul di penguhujung umur dunia untuk menghuru-harakan dunia ini. Buku ini mendedahkan bukti-bukti kewujudan Dajjal yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW; diisyarat dalam Al-Quran secara simbolik dan diperjelaskan bukti kewujudan Dajjal dalam hadis sifat-sifatnya secara terperinci termasuk fitnah dan pembohongan yang dibawa dalam pelbagai bidang kehidupan.

Ramai di kalangan manusia , termasuk orang Islam terperangkap dan terikut-ikut dengan Dajjal serta mudah terkena sihir Dajjal. Di penghujung buku ini dikongsikan tips dan panduan cara mana untuk selamat daripada fitnah dan Dajjal serta menangkis "Sihir Dajjal".

Thursday, December 3, 2020

Dalang di Sebalik Konspirasi Penaja Peperangan Dunia ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM39.90 > RM36.00

Rasulullah SAW pernah memberitahu sejak 15 abad lalu bahawa umat Islam pada akhir zaman walaupun ramai, tetapi mereka lemah kerana dijangkiti penyakit "Cintakan dunia dan takut mati". Lantaran itu mereka mudah dicatur oleh musuh mereka yang terdiri daripada kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang. 

Melalui buku ini, penyusun cuba dedahkan betapa isyarat tersebut benar-benar terjadi kini yang mana dunia Islam terperangkap dalam jaringan "Konspirasi Yahudi Antarabangsa" yang memperalatkan kuasa-kuasa besar dunia, sama ada di pihak blok Barat atau blok Timur, yang berada dalam PBB, NAT, UNI-Eropah, hatta dalam kesatuan Negara-negara Islam sendiri seperti OIC, NAM dan lain-lain bagi mewujud dan menaja peperangan sesama sendiri. 

Untuk mengetahui siapakah "DALANG DI SEBALIK KONSPIRASI PENAJA PEPERANGAN DUNIA " yang mengaut keuntungan daripada hasil Penjualan Senjata? Anda perlu baca buku ini.

 

Saturday, October 26, 2019

Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini memaparkan kisah-kisah beberapa makhluk akhir zaman yang disifatkan sebagai makhluk misteri. Bermula daripada para wali Allah, diikuti dengan Nabi Khidir AS bersama Nabi Musa AS dan Raja Zulkarnain yang dikaitkan dengan perkara pelik atau ajaib. Iaitu ‘Air Kehidupan’. Buku ini juga membongkar sipakah tokoh-tokoh Ashab Al-Rayati Al-Sud, Ikhwan, Rugaqa’, Wali Abdal.

Pemuda Bani Tamim dan lain-lain, Mereka akan bergabung dengan Al-Mahdi dan Nabi Isa berperang dan membunuh Dajjal. Selain pejuang Islam, Terdapat juga penentang Islam yang muncul pada akhir zaman kelak, iaitu Al-Sufiyani yang bersifat ganas dan berjuang bagi menyediakan sistem Dajjal. Ketika itu terjadinya pertembungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim menentang Al-Sufiyani dan Dajjal. Ia berakhir dengan turunnya Nabi Isa AS dari langit membunuh Dajjal. Nabi Isa AS menggantikan Al-Mahdi sebagai khalifah, setelah kewafatan beliau. Dunia ketika itu aman dan makmur. Kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj. Segala kisah berkaitan makhluk ini dikupas secara mendalam dalam buku ini.

Wednesday, August 7, 2019

Membongkar Rahsia Hadith Peringkat Zaman Sehingga Hari Kiamat ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat;

-Zaman Kenabian (Minhaj Nubuwwah)
-Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin)
-Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Mulkan Adhan)
-Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan
-Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (Khalifah al-Minhaj Nubuwwah).

Penulis mengajak para pemaca dan umat Islam untuk melihat pada ZAMAN DI MANA KITA SEDANG BERADA. Kini,kita memasuki Zaman Mulkan Jabariyan iaitu zaman pemerintahan diktator atau kuku besi. Walaupun zaman ini dibayangkan sebagai zaman akhir dan telah hampir dengan kiamat, tetapi kita masih belum nampak tanda-tanda jelas akan bukti-bukti kebenaran pada peringkat zaman yang dijanjikan iaitu zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut zaman Nubuwwah. Untuk mengetahui tentang peringkat zaman dengan lebih lanjut anda perlu memiliki dan membaca buku ini. Selain memaparkan peringkat-peringkat zaman, ia juga mengandungi panduan-panduan untuk menjadi insan yang selamat di dunia dan akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...