Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Nor Aniza Mad Azeri. Show all posts
Showing posts with label Nor Aniza Mad Azeri. Show all posts

Thursday, July 7, 2022

Biografi Muhamamd Bin Abdullah: Rasul Agung Idola Sepanjang Zaman ~ Nor Aniza Mad Azeri

(SEM & SS) RM450.00 > RM430.00

Set buku yang membawa pembaca menelusuri sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Set ini mengandungi lima jilid buku yang ditulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami serta gaya bercerita yang santai.

Setiap jilid mempunyai tema tersendiri, dilengkapi dengan infografik serta ilustrasi peristiwa dan peta yang menyorot titik perjuangan Baginda bersama kaum Muslimin.
  • Mendedahkan tokoh Islam sepanjang zaman terutamanya kepada kanak-kanak
  • Memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola
  • Mensasarkan penyampaian maklumat secara eksklusif dan santai
  • Pendekatan yang lebih menarik seperti peta, gambar rajah, infografik, gambar tempat-tempat bersejarah, dan lain-lain
  • Melampirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih bagi menyokong fakta yang disampaikan

Tuesday, August 24, 2021

400 Adab Menjadi Manusia yang Dihormati dan Dicintai ~ Fatin Nor Hadhirah, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00

Buku ini menceritakan 400 adab menjadi manusia yang dihargai dan dicintai. Pada setiap bab, dihimpunkan 5 perkara yang patut diamalkan dan 5 perkara yang perlu dihindarkan di dalam adab menjadi manusia yang dihargai dan dicintai. Pada setiap bab juga didatangkan dalil yang sahih daripada Al-Quran dan hadith bagi menguatkan lagi adab yang dibawa.

Buku ini menjadi panduan berguna kepada setiap manusia sebagai panduan di dalam memandu arah perjalanan hidup menjadi manusia yang dihargai dan dicintai bukan sahaja oleh manusia malah Allah s.w.t.

 

Sunday, April 25, 2021

400 Adab Menjadi Pekerja Yang Disayangi Bos ~ Tengku Nusaibah, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Buku ini menceritakan 400 adab menjadi pekerja yang disayangi bos. Pada setiap bab, dihimpunkan 5 perkara yang patut diamalkan dan 5 perkara yang perlu dihindarkan di dalam adab menjadi pekerja. Pada setiap bab juga didatangkan dalil yang sahih daripada Al-Quran dan hadith bagi menguatkan lagi adab yang dibawa.

Buku ini menjadi panduan berguna kepada setiap pekerja bagi meningkatkan motivasi mereka supaya dapat memaksimumkan prestasi menurut lunas yang telah digariskan oleh Islam. Buku ini bukan hanya untuk pekerja, malah majikan atau dalam bahasa panggilan lainnya bos.

Friday, January 31, 2020

400 Adab Pengantin Kekal Bahagia: Misi Masuk Syurga ~ Najwa Mad Zelan, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

400 adab Pengantin Kekal Bahagia merungkai tips dan beberapa doa pilihan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan untuk memelihara diri dan membina keluarga bahagia agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
MISI 1. Perkahwinan adalah Destinasi Cinta ke Jannah
MISI 2. Meminang, Episod Meniti Cinta
MISI 3. Biar Sederhana Asalkan Tidak Merana
MISI 4. Biar Bercinta kerana Allah
MISI 5. Taat Bukannya Memuja
MISI 6. Dia Juga Manusia Biasa
MISI 7. Laksanakan Tanggungjawab
MISI 8. Bertenang Dahulu
MISI 9. Ibuku, Ibumu Juga

Friday, July 26, 2019

Amalan & Doa Murah Rezeki & Bebas Hutang ~ Nor Aniza Mad Azeri, Nurul Hidayah Mohamad Zuki

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza. Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit, rezeki anak-anak yang solehah dan solehah, rezeki kesihatan, dan lain-lain lagi. Namun, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan seperti disempitkan pintu rezeki dan dibeban dengan hutang yang banyak. Persoalannya, bagaimana untuk diluaskan pintu rezeki dan dijauhkan bebanan hutang? Salah satu cara untuk mendapat rezeki yang luas ialah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1 : Jaga Hubungan dengan Allah, Kunci Murah Rezeki
• Yakin Rezeki Itu dari Allah s.w.t.
Doa 1 : Diberikan Kekuatan dan Keyakinan dalam Diri
• Berusaha Menjadi Hamba Allah s.w.t. yang Bertakwa
Doa 2 : Doa Dikurniakan Keluarga yang Bertakwa
• Dosa Penghalang Rezeki, Istighfar Kunci Rezeki
Doa 3 : Penghulu Istighfar
• Tidak Putus Berdoa Dimurahkan Rezeki
Doa 4 : Doa Dikurniakan Rezeki yang Melimpah Ruah
• Dhuha Langkah Mudah
Doa 5 : Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
• Bersyukur dengan Sekecil-Kecil Nikmat
Doa 6 : Doa Supaya Allah s.w.t. Mencukupkan Keperluan Diri
dan Keluarga

Friday, September 14, 2018

200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah ~ Nor Aniza Mad Azeri

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang ganjaran solat, mudahnya solat dan rajin solat mengikut gaya Rasulullah. Solat adalah perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam.

Solat terbahagi kepada dua, iaitu solat fardu dan solat-solat sunat. Solat fardu adalah rukun Islam yang kedua. Ibadah solat ini sukar dilakukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia ibadah yang berat.

Buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita mudah dan rajin solat berdasarkan 40 hadith sahih.

Antara Kandungan:
Bahagian 1 : Besar Ganjaran
Mendapat Ganjaran Syurga
Diampun Segala Dosa
Penawar Anggota Badan
Dilindung Daripada Seksa Kubur
Bahagian 2: Mudah Menunaikan Solat
Makan ataupun Solat?
Lengkapkah Aurat Aku Ketika Solat?
Dimanakah Kiblatku?
Penghalang Depan Tempat Solatku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...