Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. Show all posts

Monday, July 18, 2022

Fahami 40 Sunnah Solat Berdasarkan Mazhab Syafie ~ Mustafa Mohd Suki, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh tulisan Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh Mazhab Syafie di Malaysia.

Buku ‘Fahami 40 Sunnah Solat Menurut Mazhab Syafie Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ ini menghuraikan secara khusus sunnah-sunnah dalam solat menurut Mazhab Syafie.

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah:
Satu-satunya buku di Malaysia yang membahaskan secara khusus mengenai sunnah-sunnah solat yang terdapat dalam Mazhab Syafie.
Penyampaian bergambar yang ringkas dan mudah difahami.
Sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan.Semoga buku ini menjadi wasilah terhadap pemahaman dan penghayatan dalam menghayati kemanisan solat

Thursday, December 3, 2020

Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun.

Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengingatkan hakikat keberadaan dan kewujudan mereka atas muka bumi ini, ia adalah kesengajaan Sang Pencipta sebagai ujian untuk mengetahui hamba-Nya yang mana patuh dan taat serta sebaliknya. Tujuannya apa? Tiada lain melainkan untuk menunjukkan kemahakuasaan-Nya semata-mata.

Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai

Monday, October 19, 2020

Tadabbur Ibrah: Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik Makhluk-makhluk Terawal Dicipta Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka ~ Prof Madya Dr. Rozaimi Ramle, Zaharuddin Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun.

Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki. Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul.

Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama

kitabnya.

Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.

Tuesday, September 10, 2019

Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma ~ Ahmad Zahiruddin Zabidi

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Dalam Juzuk ‘Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah Al-Naba’ dan diakhiri dengan surah Al-Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, kiamat, tolong menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni fakir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun disuruh menjadi perhatian kita.

Isra'iliyyat, Hadith Mawdu & Fitnah Sirah Di Alam Melayu ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana.

Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.

Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemikiran beragama orang Islam-Melayu-Nusantara ada pada fakta sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan Islam di Alam Melayu. Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur Islam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca Islam berkembang di Nusantara. Ini adalah kerana penulisan karya-karya tersebut tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama Islam sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan Islam.

Monday, January 5, 2015

Berdamai Dengan Ketentuan Ilahi ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

Buku ini berkisah tentang tentang takdir qadak dan Qadar Allah yang dikenakan ke atas manusia dan semua makhluk-NYA. Buku ini menekankan betapa kita perlu redha dan berusaha menghadapinya dengan ilmu serta amal. Ia juga mengandungi perbahasan perbandingan pendapat antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan kelompok Jabariyah dan Qadiriyah.

*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Wednesday, June 19, 2013

Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih Allah ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Al-Ahzab : 21

Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta.

Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya, kita mencedok sunnah-sunnah warisan baginda. Lalu kita meneliti dan menghayatinya agar siratal mustaqim menjadi laluan yang kita tempuhi. Laluan yang menjadi impian sang pencinta agama. Dan pencinta agama itu adalah kita!

HEBATNYA RASULULLAH ini menghimpunkan cara pengurusan yang dilaksanakan yang akhirnya membawa kita menelusuri jejak-jejak kebijaksanaan baginda, baik dari sudut perniagaan, ketenteraan, dakwah mahupun berkeluarga. Sungguh! Baginda suri teladan sepanjang zaman. Tidakkah kita teruja untuk mahu mencontohi baginda?

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...