Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, April 9, 2021

Berteduh Daripada Kegelisahan Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.

***
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati melambai-lambai menarik kita agar menumpang teduh daripada hujan, petir dan guruh kehidupan yang menakutkan.

Apabila baju yang basah kuyup mula mengering, gerimis mulai berhenti lalu langit menyepi, kita terus Berteduh Kerana Kekosongan Hati dengan kefahaman dan ilmu tentang diri sendiri, serta hakikat kehambaan.

Akhir sekali, hadirnya Berteduh Untuk Ketenangan Hati seakan-akan sentuhan akhir sebelum kita keluar menghadapi kehidupan.

Sampai masanya, kita bertemu lagi dengan hujan, petir dan guruh. Bezanya, kali ini kita lebih memahami resam hati lantas tidak gentar untuk mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Semuanya demi ketenangan abadi, di sana nanti.
Selamat berteduh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...