Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, April 9, 2021

Berteduh Kerana Kekosongan Hati ~ Pahrol Mohammad Juoi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengajak kita untuk berkenalan semula dengan hati bagi mengisi kekosongan yang dirasai. Melalui pengalaman yang tersulam hikmah, beliau merungkai peranan hati dalam mendatangkan kebahagiaan buat pemiliknya.

Barulah kebahagiaan yang diburu itu benar-benar dirasai, Insya-Allah.

***
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati melambai-lambai menarik kita agar menumpang teduh daripada hujan, petir dan guruh kehidupan yang menakutkan.

Apabila baju yang basah kuyup mula mengering, gerimis mulai berhenti lalu langit menyepi, kita terus Berteduh Kerana Kekosongan Hati dengan kefahaman dan ilmu tentang diri sendiri, serta hakikat kehambaan.

Akhir sekali, hadirnya Berteduh Untuk Ketenangan Hati seakan-akan sentuhan akhir sebelum kita keluar menghadapi kehidupan. Sampai masanya, kita bertemu lagi dengan hujan, petir dan guruh. Bezanya, kali ini kita lebih memahami resam hati lantas tidak gentar untuk mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Semuanya demi ketenangan abadi, di sana nanti.
Selamat berteduh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...