Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati. Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif pula. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah.
Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik.
Ayuh ‘move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita. Selak dan baca buku ini sehelai demi sehelai. Fikirkan setiap pesanan dan ulasan yang dipersembahkan, dan muhasabah diri di halaman khas pada setiap akhir bab. Semoga senyuman kembali menceriakan wajah kita, seperti cerahnya sinaran matahari yang indah.
Ubah patah hati jadi prestasi!
No comments:
Post a Comment