Khianat adalah perlakuan yang belot atau tidak setia dalam sesuatu urusan berkait dengan hubungan. Belot boleh berlaku sama ada dalam kalangan individu mahupun kumpulan yang akhirnya menatijahkan kesan negatif. Banyak kata lain yang sinonim dengan khianat antaranya derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati dan macam-macam lagi.
Banyak sejarah pengkhianatan berlaku ribuan tahun dalam tamadun manusia. Dalam pelbagai kitab sejarah dan catatan-catatan purba juga tidak kurang dipahatkan. Sehinggalah pada era moden ini, khianat menjadi semakin rumit dan ruwat.
No comments:
Post a Comment