Harga terlalu murah. Rumah rosak dan buruk, apabila dibaiki dan dicat baru, terus jadi cantik. Disewakan dengan cashflow yang sangat menarik. Hati teruja!
Tahun 2010, akhirnya aku berjaya membida sebuah rumah lelong. Tahun berikutnya, sebuah lagi rumah lelong berjaya dibida. Sehingga hari ini aku sudah memiliki berpuluh buah rumah lelong.
Pada tahun 2015, membuka lebaran baru sebagai ejen hartanah lelong sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Buku ini mengandungi perincian prosedur lelongan bermula dari semakan kelayakan pinjaman perumahan dan dokumen-dokumen berkaitan, pemilihan hartanah, proses semasa, sebelum dan selepas bidaan termasuk pengambilalihan rumah dari pemilik asal, baikpulih serta ubahsuai rumah lelong yang dimenangi."
No comments:
Post a Comment