Dia adalah seorang bekas perisik tentera. Dia bersuluk mendalami tasauf sehingga digelar sufi moden. Beban rahsia yang digalas menjadikan dirinya dalam buruan. Perjalanan sunyi sang wira memaksa dirinya meninggalkan hidup bermasyarakat. Segalanya demi keselamatan negara dan keluarga yang tercinta.
Siapa sangka, dia berjaya menyingkap rahsia sufi melalui teknologi maunah dan kasyaf. Dengan anugerah luar biasa, keperwiraannya terabsah pada dua dimensi alam. Rahsia khalwat dan zikir membuka horizon teknologi rentas masa, teleportasi, persenjataan, perubatan, juga hubungan dua dimensi alam, sekali gus menjadikan dirinya wira Islam moden yang ikonik.
Alami dan rasai debar pertembungan; antara illuminati dan sufi, hitam dan putih, palsu dan benar, syaitan dan malaikat, jahat dan baik, nyata dan ghaib, sith dan jedi.
"Berani mahu hidup, mesti berani mahu mati. Tapi berani mahu mati, mesti berani mahu hidup. Hidup bukan main-main...."
No comments:
Post a Comment