Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. Surah Al Ahzab Ayat 6
Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga.
Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wanita dizaman ini
No comments:
Post a Comment