Hal tersebut kerana al-Quran mengandungi perkhabaran tentang Allah, nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang juga dikenali dengan nama Tauhid Ilmi Khabari iaitu Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ wa Sifat.
Di samping itu, ia mengandungi seruan ke arah menyembah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan menolak segala sembahan selain daripada Allah SWT, yang juga dikenali dengan nama Tauhid Iradi Talabi atau Tauhid Uluhiyah. Al-Quran juga menceritakan tentang kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada ahli tauhid di dunia dan akhirat. Perkara yang dapat memusnahkan tauhid pula ialah syirik. Umat Islam perlu mengetahui supaya mereka tidak terjerumus ke dalamnya.
Segelintir umat Islam memahami tauhid dalam erti kata yang salah dengan hanya menumpukannya kepada Tauhid Rububiyah sahaja. Padahal hakikat tauhid yang sebenar tidak begitu. Buku ini menghidangkan hakikat tauhid yang sebenar yang perlu diketahui oleh umat Islam menurut golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan masyarakat awam kerana dihidangkan dengan uslub yang mudah difahami.
No comments:
Post a Comment