Sebenarnya tumbuhan liar ini mempunyai begitu banyak sekali kegunaannya dalam perubatan dan penyembuhan penyakit. Amat mengagumkan masyarakat dahulu sudah mengetahui tentang khasiat dan kegunaan tumbuhan liar untuk perubatan tanpa menggunakan alat berteknologi moden untuk mengkajinya. Dengan adanya teknologi canggih kini, lebih banyak kajian tentang tumbuhan liar telah dijalankan. Ini telah memberi satu dimensi baharu dalam bidang perubatan kerana kita tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang berasaskan kimia atau dadah yang mungkin memberi kesan yang memudaratkan. Perubatan menggunakan tumbuhan liar dilihat sebagai satu alternatif bagi ubat-ubatan moden ini.
Ilmu tentang tumbuhan liar dalam perubatan ini adalah warisan yang diwarisi oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Dengan adanya tulisan dan rujukan seperti buku ini akan memudahkan kita untuk mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan liar ini. Setidaktidaknya kita mengenali spesies yang berada di sekeliling kita untuk manfaat bersama.
No comments:
Post a Comment