Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya. Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan
supportif. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
Ambil tindakan! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
"Ketahui nilaimu dan percayalah padanya. Jalani hidup dengan sewajarnya. Jangan ada yang berani mengecewakanmu." "Sesungguhnya kedewasaan adalah belajar untuk menjauh dari orang-orang dan situasi yang mengancam ketenangan pikiran, harga diri, nilai, moral, atau harga dirimu."
No comments:
Post a Comment