Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, August 19, 2022

Kembara Darus Senawi 1963 ~ Darus Senawi, Izzat Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kembara Darus Senawi adalah coretan pengembaraan ilmu Ustaz Darus Senawi pada tahun akhir 60-an dan awal 70-an. Siapa yang suka buku sirah yang diterjemah daripada Bahasa Arab pasti kenal dengan individu ini. Beliau adalah penterjemah buku Rahiq Makhtum dan Fiqh Sirah.

Pengembaraan Ustaz Darus Senawi bermula apabila beliau mahu pergi ke Mesir. Cita-citanya untuk menuntut ilmu Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Disebabkan duit tidak mencukupi untuk menaiki kapal terbang, beliau memilih untuk menaiki kapal laut. Bersesak beramai-ramai dengan penumpang kapal yang lain, hingga bekalan makanan kehabisan sedangkan kapal masih jauh di tengah lautan.

Apabila kapal berlabuh di India, beliau terkandas pula di situ. Beliau terpaksa menumpang teduh dengan sebuah keluarga tempatan. Selepas empat bulan di sana, beliau hampir mati akal sebelum berjaya ke Mesir akhirnya.

Selesai pengajian di Mesir pada tahun 1970, beliau berhajat nak sambung belajar di Kanada. Namun cita-citanya terkandas di Belanda akibat kesukaran mendapatkan visa masuk Kanada. Apabila sudah tidak nampak sinar peluang, beliau batalkan niat dan bercadang untuk pulang ke Malaysia menggunakan jalan darat dan laut. Lalu beliau menyelosori Benua Eropah dengan menaiki kereta api dari Belanda hingga ke Greece. Dari Greece pula, beliau menggunakan bas untuk ke Turki, Iran dan Pakistan. Namun hajatnya terbantut kerana terdapat pergolakan di Myanmar.

Apa yang terjadi seterusnya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...