Pembangunan senjata nuklear bukanlah suatu yang rahsia lagi walaupun rejim Zionis masih enggan mengakui Israel adalah kuasa nuklear tunggal di rantau Timur Tengah. Tidak dinafikan bahawa terdapat negara-negara di Timur Tengah seperti Iraq, Syria dan Iran yang turut membangunkan program nuklear. Namun sehingga kini negara-negara tersebut masih tidak memiliki senjata nuklear.
Bagi mengekalkan monopoli senjata nuklear di Timur Tengah, Israel telah terlibat dalam usaha menggagalkan program nuklear Iraq, Syria dan Iran. Israel telah melancarkan serangan udara, pembunuhan dan sabotaj demi mengekalkan dominasi senjata nuklear dan menggagalkan program nuklear negara lain di Timur Tengah.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Israel membangunkan senjata nuklear? Bagaimanakah Israel mampu membangunkan reaktor dan senjata nuklear? Adakah Israel telah menguji senjata nuklearnya? Berapakah pula jumlah senjata nuklear dalam simpanannya? Adakah cegah rintang nuklear Israel berkesan terhadap musuh-musuhnya? Adakah wujud perlumbaan senjata pemusnah besar-besaran di Timur Tengah? Semua persoalan tersebut akan dibongkarkan dalam buku ini.
No comments:
Post a Comment