Tidak syak lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Keperibadian serta cabaran liku perjalanan dakwah baginda selaku utusan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini bukan sahaja diiktiraf dan dimuliakan oleh orang Islam sahaja, bahkan seluruh makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Sirah perjalanan hidup baginda, para sahabat serta para salafus soleh terdahulu menjadi contoh ikutan dan panduan oleh manusia sehingga akhir zaman.
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah adalah nasihat, teguran dan pemurnian sejarah sirah oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan sejarah yang perlu diperbaiki dan diperbetul demi menjamin penyebaran fakta sirah yang benar berdasarkan sumber yang kuat dan berautoriti.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Sejarah sistem pengkhalifahan terawal oleh Islam.
2. Sejarah pemerintahan Khalifah Muawiyah.
3. Cerita fiksyen dalam sejarah Islam.
4. Saidina Hassan jaguh seks?
Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, fakta sirah dapat dipelihara dan tidak mudah diselewengkan oleh para penyeleweng.
No comments:
Post a Comment