Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.
Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.
Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.
Apa Kata Mereka?
"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam
[Ustaz Hazri Hashim al-Bindany, Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, KPM]
"Terlalu banyak buku dan program tadabbur Al-Qur'an. Namun, istimewanya buku tadabbur ini ialah ia digarap khas oleh penulis berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Sesuai dengan mazhab yang dianut dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di Malaysia, khususnya sebahagian besar mufti."
[Ustaz Uwais Qorny, Professional Mastercoach Quran No. 1 Malaysia]
No comments:
Post a Comment