(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00
Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya.
Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.
Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.
Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Wednesday, August 23, 2023
Bawa Anak ke Syurga Dengan Al-Quran ~ Nazifatunnisa Salim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment