Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, September 1, 2023

Tidur ~ Prof. Madya Dr. Mohamed Faisal, Dr. Nurul Yaqeen

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Mengambil purata waktu tidur selama 8 jam sehari memberikan purata waktu tidur di sepanjang kehidupan kita selama 229,961 jam. Tanpa kita sedari, itu adalah 1/3 daripada seluruh kehidupan kita.

Buku TIDUR ini merungkai pelbagai misteri, mitos dan sarat dengan tips mengenai tidur dan kehidupan.

Mengapa perlu tidur?
Apa yang berlaku ketika tidur dan apa pula yang berlaku jika tidak cukup tidur?
Mengapa sukar untuk tidur?
Mengapa kerap mengantuk?
Adakah kurang tidur boleh menyebabkan penyakit kronik, malah membawa maut?
Adakah tidur berdengkur bahaya dan bagaimana menanganinya?
Apakah tabiat tidur yang boleh memberikan kesihatan yang baik dan meningkatkan produktiviti?
Apakah hebatnya Qailulah/short nap/inemuri?
Bagaimana menangani jetlag?
Kafein buatkan tidak boleh tidur?

Sinbad 2: Ancaman Silam ~ Azeem Razali

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sinbad kini tinggal di Kota Kirana, negeri yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam. Tetapi hakikat sebenar tidaklah seperti sedemikian. Dihantui memori lampau, Sinbad harus cari makna yang lebih dalam untuk meneruskan perjuangannya.

Sinbad Jilid 1: Cahaya Dalam Kegelapan ~ Azeem Razali

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Ini adalah kisah Sinbad, seorang pemuda yang mencari erti sebenar kehidupan. Dia merupakan pemuda islam yang tinggal di sebuah perkampungan orang sesat, Sahmura. Ikuti Perjalanan Sinbad dalam perjuangan melawan kejahatan dan kebatilan.
 

Tenang Dalam Runtuh ~ Mera Mohzar

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sesungguh mana keruntuhanmu seiring waktu, jangan berhenti melebarkan jiwamu.
Jiwamu perlu sayap untuk terbang lebih tinggi, untuk mengikhlaskan segala yang ingin pergi.

Walau seni mencintai hidupmu sendiri hampir mati,
Tuhan itu tetap saja menanti.
Bahkan selalu bangun, dan tidak pernah mentertawakan.

Moga Tuhan selalu mengangkat darjatmu di setiap keruntuhan,
walau ketika kamu sedang bersembunyi di sebalik tenang.

 

World Conspiracy: Steps to One World Dictatorship Government ~ Jagad A. Purba

(SEM & SS) RM39.90 > RM38.00

Dalam buku NWO (The New World Order) yang diterbitkan Hijjaz Records sebelumnya telah dibahas pemahaman konspirasi untuk mengungkap apa itu NWO, siapa saja konspirator global dan wadah konspirator dalam secret societies (masyarakat tersembunyi). Dalam buku kedua ini, pembahasan NWO dilanjutkan dengan langkah-langkah final menuju katalisasi NWO di pelbagai bidang di seluruh dunia dan pemerintahan baik melalui persetujuan dan penaklukan. 

Buku ini mengulas bagaimana langkah-langkah global NWO dari perspektif konspirasi global dan sebagai upaya menyedarkan publik bagaimana dan apa yang harus dilakukan untuk menghadapi NWO.

Comeback Stronger: Help to Heal ~ Syira Lokman

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Dalam melayari hidup, kita sering berdepan dengan kesedihan, keresahan, ketakutan, kekecewaan, sakit hati, benci, marah, rasa keseorangan, jiwa kosong dan pelbagai lagi emosi bercampur baur. Ada masanya kita sendiri tidak ketahui mengapa diri kita begini. Ada antara kita berdepan trauma masa lalu. Takut dengan masa depan. 

Kecewa dengan harapan. Benci terhadap pengkhianatan. Kecewa dengan penolakan. Marah dengan ketidakadilan. Sunyi dalam keramaian. Hari-hari kita cuba bangkit untuk teruskan kehidupan. Sukarnya bangun dari mimpi kerana realiti lebih sakit dan melelahkan. 

Buat semua jiwa yang sedang rapuh, buku Comeback Stronger mengungkap cara memaknai proses penyembuhan jiwa. Jom bersama menelusuri kesakitan dan kemudian bangkit perlahan-lahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...