Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, April 23, 2014

Fiqh Al-Hijrah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini menceritakan mukaddimah hijrah Rasulullah SAW sehinggalah Baginda SAW sampai ke kota suci Madinah Al-Munawwarah. Sekalipun ia bersifat kecil, tetapi ianya penuh dengan iktibar dan pengajaran.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Tuesday, April 22, 2014

Hafazan al-Quran ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Keistemewaan buku ini adalah memberi motivasi kepada penghafal al-Quran, mengemukakan teknik hafazan al-Quran, menyelesaikan pelbagai hukum dan memberi kesedaaran betapa perlunya hafazan al-Quran.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Kalimah Allah: Isu dan Penyelesaiannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Rashidy Jamil al-Rashid, Mohd Aizam Mas'od

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al -Iman wa al-Islam berkata: Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya. Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak sah taklif kecuali daripadanya.

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Imam Al-Syafie ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Al-Rabi' berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar kisah orang yang pemurah dalam kalangan kami terdapat sekumpulan mereka, tetapi kami tidak pernah melihat seumpama Imam al-Syafie.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam al-Syafie Siri:1)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Abu Hanifah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Antara Nasihat Imam Abu Hanifah:
  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai tersebut adalah memalukan.
  • Pakailah pakaian yang putih setiap masa.
  • Ingatlah selalu kepada kematian.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Abu Hanifah Siri: 2)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Malik ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mutiara Kata Imam Malik:
  • Ilmu itu cahaya dan ia tidak akan lembut melainkan hati yang bertakwa dan khusyuk. 
  • Apabila seseorang memuji diri, maka hilanglah kebijaksanaannya.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Malik Siri: 3)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Ahmad Bin Hanbal ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Pujian Ulama Terhadap Imam Ahmad bin Hanbal.

Abu Ubaid berkata: "Ilmu berakhir dari empat ulama:
Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau adalah sebijak-bijak manusia dalam bidangnya.
Ali bin al-Madini. Beliau adalah orang yang lebih mengetahui dengannya.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Ahmad bin Hanbal Siri: 4)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

26 Mutiara Habaib Nusantara ~ Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Keberadaan mereka merupakan berkat bagi kaum muslimin. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak perubahan dan pencerahan bagi umat hari ini. Semua ini merupakan bukti kejayaan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat oleh sejarah dengan tinta emas.

Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengabdiannya akan sentiasa dikenang sepanjang masa, warisan jejak karamah serta ilmunya tetap abadi dan akan berkembang sepanjang masa, bahkan peribadi akan selalu dikenang orang sepanjang zaman. Dalam berdakwah, mereka mengutamakan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan kesantunan, kedamaian dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan.

Buku ini menjadi unik, menarik dan berbeza dengan buku lain kerana di dalamnya dilengkapi bersama gambar-gambar eksklusif. Dengan membacanya akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, kerana di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum solehin. Dengan ketakwaan kepada Allah SWT, mereka mampu mencapai darjat yang begitu agung di sisi-Nya.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM42.00 - RM37.00

Tuesday, April 15, 2014

Aku Ingin Kembara Lagi ~ Prof. Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Aku Ingin Kembara Lagi" merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford. Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat jatuh kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya. “Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Thursday, April 10, 2014

Menenangkan Hati dan Membuang Kesedihan ~ Muhammad Shayim

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila enkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja kerns (untuk urusan lain). Dan hanya kepada Tuhan engkaulah tempat berharap."
(Al-Syarh, 94: 5-8)

Usah risau atau bimbang, setiap kesulitan itu pasti akan ada jalan keluarnya. Kita pula mesti yakin bahawa setiap dugaan yang kita hadapi itu sebenarnya akan meningkatkan lagi darjat keimanan dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah.

Salah satu kunci untuk membuka pintu ketenangan dan kebahagiaan adalah Al-Quran. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa mengingati-Nya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...